Ini Blog Gua ! WaR zOnE: Info UiTM Perak Kampus Seri Iskandar

Monday 24 September 2012

Info UiTM Perak Kampus Seri Iskandar

Universiti Teknologi MARA (Perak) Kampus Seri Iskandar kini terletak di Bandar Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah dan berkeluasan  lebih kurang 392,36 ekar. Universiti mula beroperasi pada 1 Januari 1999  ini terletak di lokasi strategik di sepanjang jalan utama Ipoh - Lumut, yang menyediakan akses mudah kepada kedua-dua kawasan tumpuan Ipoh dan Lumut.


Kampus mampu menampung maksimum sebanyak 8000 orang pelajar. Pada masa ini, terdapat 9665 pelajar sepenuh masa mengikuti 30 program dan 418 pelajar separuh masa dalam 7 program, dengan 539 pensyarah sepenuh masa dan 359 kakitangan pentadbiran dan sokongan.

Kampus ini menempatkan Fakulti Senibina, Perancangn, dan Ukur (FSPU), Fakulti  Seni Halus (FSSR) dan Seni Reka, Fakulti Perakaunan (FPK) , Fakulti  Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Fakulti Pengurusan Pejabat dan Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP). Kampus ini juga akan menjadi kampus alam bina (built environment campus) dan ke arah univeriti berautonomi.

 Pelan Uitm Seri Iskanadar Perak..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen